Saturday, 3 November 2018
Maharajalawak Mega 2018
Assalamualaikum selamat pagi semua.. Seperti anda tahu yg maharaja lawak bermula semalam.. 14 peserta dan semalam minggu pertama tiada penyingkiran
Wednesday, 17 October 2018
Anak buah
Nama budak kecik sebelah saya ialah Muhammad Nawfal Mikhail.. tak reti duduk diam.. ada je benda nk dicapai..
Saturday, 13 October 2018
Artis
Siapa pernah dengar lagu sayang atau selamat tinggal sayang by Haqiem Rusly? best kan.. huhuhu..
Tuesday, 2 October 2018
Perdana Menteri akan bersara pada umur 95 tahun
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan negara pada usia 93 tahun, secara berjenaka menyatakan bahawa umur persaraan baharu beliau ialah 95 tahun.
Jenaka beliau itu menerima tepukan gemuruh rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom ini dalam satu perjumpaan dengan beliau di sini ada Ahad. Dr Mahathir lalu menambah bahawa beliau berharap akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang telah membelenggu negara walaupun beliau tidak berhajat untuk "duduk lama" dalam jawatan itu
Saturday, 29 September 2018
Gegar Vaganza 5
Gegar vaganza akan mula ditayangkan besok malam pukul 9 tepat kalau tak silap.. yang masuk adalah kumpulan Elite, Amelina, Zamani dan ramai lagi artis yang masuk .. jangan ketinggalan menyaksikan mereka beraksi di pentas gegar vaganza..
Sunday, 23 September 2018
UPSR
Assalamualaikum kepada calon UPSR 2018 besok buat betul betul.. cium mak ayah sebelum pergi sekolah esok.. jangan gopoh gopoh.. sebelum masuk ke dewan peperiksaan baca doa.. mak ayah tolong doakan dari rumah or baca Surah Yasin pun takpe untuk diorang kat sekolah tu.. semoga berjaya.. aminnnn
Ps/ Betul ke besok???
Ps/ Betul ke besok???
Saturday, 22 September 2018
Pasar malam
Mula mula dah makan roti cicah teh o tapi ayah pergi beli takoyaki dan sedikit nasi lemak kat pasar malam.. memang tak tahan tengok takoyaki.. terus ngap masuk mulut.. kenyang.. ayah pulak makan nasi lemak..
Selamat malam semua
Apa nak makan untuk malam ni ea? hmmm.. pagi tadi dah menu berat..malam karang nak makan roti cicah teh o je la.. hihiihi bole tak? bole tak?
Amboi cawan kecik nak bagi roti cicah tak muat.. kene koyak sikit biar muat masuk dalam cawan
Xiaomi Redmi Note 4
Ini handphone saya, dibeli pada tahun lepas bulan 10 oleh abang sulung saya.. selepas handphone saya dulu di godak oleh saya sampai berkecai.. hahahaha rosak teruk telefon tu dikejekan.. hihihi.. tetiba off phone sendiri dan tengok belakang bateri kembong... hahahaha taktau nk buat saya bukak belakang cuba nak tanggalkan bateri.. akhirnya berjaya bukak bateri tapi taktau nk pasang semula.. last last beli handphone xiaomi ni.. hahaha.. ada lagi handphone tu kat bilik saya.. sayang nak buang.. hehehehe
Kucing kesayanganku
Baru nak makan ye meowww.. kelmarin lauk ayam dia disambar kucing lain ..tu la merayap lagi kan dah lapar
Rindu blog lama
Alhamdulillah dah bole setting dengan bantuan rakan facebook.. bole dikatakan rakan blogger jugak dulu.. kene belajar lagi dengan dia sebab saya satu apa pun tak ingat.. nak ubah macam blog dulu.. huhuhu
Setting Masa
Tak reti nak setting masa kat blog baru ni.. dulu macam senang je sekarang tak ingat dah.. dah godak godak tak ingat jugak kat mana.
Selamat Pagi
Indah bunga mawar merah,
tempat bermain si anak lebah.
Pagi ini pagi yang cerah,
moga hari semakin indah
Pohon randu banyak durinya,
tupai bermain banyak tingkah.
Sambut pagi dengan ceria,
moga kita mendapat berkah
tupai bermain banyak tingkah.
Sambut pagi dengan ceria,
moga kita mendapat berkah
Friday, 21 September 2018
Cakap lain taip lain
Haritu belakang rumah saya cari kucing liar tak jumpa.. selalu ada je lepak kat belakang rumah.. takde lah sebenarnya nak tengok kabus.. ye la baru hujan lebat.. semenjak ni cuaca tak menentu.. kejap ada hujan kejap takde..tapi ok lah macam tu tanaman subur kat depan rumah
Ant Man (lelaki semut)
Siapa dah tengok Ant Man yang pertama?.. serius best.. tak sabar nak tengok yang latest.. tak dapat tengok kat panggung.. rasa rasa ada lagi tak? hmm.. nak cerita sikit saya ni pantang tengok semut.. main main ngan semut.. hahahaha macam budak budak tapi tu lah saya.. teringin nak jadi semut pulak.. hihihihi
Gambarku
Saja tepek gambar sendiri kat sni.. hehehe time ni saja try pakai baju macam nak pergi keje.. konon je la..last last keje kat tempat makan.. hahahahaaha
Fahaman liberal
Apa anda tahu tentang tajuk di atas.. khutbah jumaat kat masjid ubudiah .. panjang lebar khutbah disampaikan. sampai tak ingat.. saya ingat tajuk je.. hehehe
Gambar lama masjid al ubudiah
Thursday, 20 September 2018
Mana pergi mood saya
Harini takde mood.. ada sape sape tau mood saya pergi mana.. harini sehari suntuk hujan berhenti.. hujan berhenti.. sejuk oiii.. naik beku dah ni.. hahahaha
Wednesday, 19 September 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)